FIXIE SEASONS
Basikal Fixie tidak mempunyai gear...Nama Fixie di ambil daripada perkataan “Fixed-Gear”kerana Basikal Fixie tidak mempunyai Freewheel.Basikal Fixie ini mula diperkenalkan pada tahun 1950. Sejak 2 tahun yang lalu, ini Basikal Fixie ini mula menjadi trend di kalangan remaja di Malaysia. Basikal Fixie tidak mempunyai brek dan sesetengah negara mempunyai undang-undang melarang penggunaan basikal tanpa brek.Untuk memberhentikan Basikal Fixie ini, penunggang harus menggunakan tenaga yang kuat untuk menghalang pengayuh dari berpusing dan menyebabkan basikal itu bergelongsor. Perbuatan ini dipanggil sebagai “skidding”.Sesetengah penunggang fixie berpendapat basikal fixie ini dapat membantu penunggang mengayuh dengan lebih efisyen dan bergaya.Harga Basikal Fixie bermula dari RM400 ke ribuan ringgit bergantung kepada jenama dan kualiti basikal.Penunggang fixie mempunyai komuniti sendiri di mana mereka akan berkumpul dan menunggang basikal fixie beramai-ramai.Seperti basikal BMX, fixie juga mempunyai skill atau trick yang tersendiri yang boleh dilakukan oleh penunggang yang mahir. Basikal fixie bagus untuk melatih otot kaki kerana ia tidak membenarkan anda untuk “coasting” dimana, pada basikal biasa, anda akan merehatkan kaki anda dengan memberhentikan kayuhan ketika basikal masih berjalan. Sesetangah penunggang berpendapat menunggang Basikal Fixiememberikan mereka lebih “feel” kerana ia memberikan lebih rasa cengkaman ketika menunggang terutamanya di jalan yang licin.Trend Basikal Fixie ini sedikit sebanyak dapat mengisi masa lapang remaja. Dari terbiar melepak tak tentu pasal, lebih baik mereka bermain Basikal Fixie sambil mengeluarkan peluh. Yang penting, keselamatan diri jangan di lupakan.!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan